Orang Muslim di ibukota negara China
Bilangan penduduk: 15,380,000 (2005)
Orang Cina Han: 96%
Kumpulan Muslim terbesar: Hui (lebih kurang 2% atau 280,000)
Terdapat lebih kurang 12 juta orang Hui di seluruh negara China
Beijing
Beijing (bahasa Cina: 北京; pinyin: Běijīng; Wade-Giles: Peiching atau Pei-ching; IPA: /peɪ˨˩ tɕɪŋ˥˥/; maksudnya "ibu kota utara"; sebutan (bantuan·maklumat)) ataupun dahulunya dipanggil Peking merupakan ibu negara Republik Rakyat China. Beijing merupakan satu daripada kawasan perbandaran China, yang mempunyai status yang sama seperti wilayah-wilayahnya. Bandar raya ini bersempadankan Hebei di utara, barat dan selatan serta Tianjin di tenggara.
Jumlah penduduk bandar raya ini adalah 14,930,000 orang. Bandaraya ini merupakan bandar raya ketiga terbesar di China selepas Shanghai dan Chongqing. Sebagai satu daripada Empat Ibu Kota Purba Agung China, Beijing hari ini dianggap sebagai pusat politik, pendidikan dan kebudayaan China, manakala pusat ekonomi terletak di Shanghai dan Hong Kong. Beijing bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada 2008, acara yang diharapkan dapat mengukuhkan lagi statusnya sebagai salah satu daripada bandar-bandar termasyhur di dunia.
Beijing adalah ibukota Republik Rakyat China. Bandaraya ini diasaskan lebih dari 3,000 tahun yang lalu, dan telah dianggap sebagai ibukota negara China selama lebih dari 850 tahun.
Orang Hui adalah dari keturunan saudagar, askar, dan pegawai-pegawai Muslim yang datang ke negara China dari abad ke tujuh hingga empat belas. Orang-orang ini telah menetap di sana dan mengahwini wanita tempatan berbangsa Cina (Han). Orang Hui telah menyesuaikan diri mereka dengan masyarakat Cina sehingga sukar dibezakan dari orang Cina Han, kecuali amalan agama dan pemakanan mereka. Amalan Islam di kalangan Hui amat berbeza. Di bahagian timur laut China, mereka lebih bebas, dan merokok, minum minuman keras, dan makan daging babi apabila mereka berada di tempat lain. Secara keseluruhan, orang Hui dianggap sebagai orang Muslim yang paling tidak radikal di dunia.
Kita dapat menemui orang Hui yang beragama Islam di seluruh kawasan ibukota, tetapi mereka berkumpul di jalan-jalan yang tertentu dan juga di beberapa kota dan kampung di sekitar bandaraya Beijing. Satu komuniti besar orang Hui tinggal di kawasan Jalan Niujie di pusat Beijing. Lebih daripada 11,000 orang Hui tinggal di dalam kawasan 1.5km persegi ini di sekitar Masjid Niujie yang terkenal. Masjid ini merupakan masjid yang terbesar dan tertua di Beijing, ia dibina pada tahun 996 M dan dibina semula dan diperbesarkan selepas itu. Kini masjid ini meliputi 6,000 meter persegi. Gaya pembinaannya menggabungkan keindahan istana-istana China dan juga masjid-masjid Arab.
No comments:
Post a Comment