Saturday, February 7, 2009

Diari seorang Pengembara: Permulaan Pengembaraanku

Assalamu'alaikum,

Pengunjung dan pembaca laman blog saya yang budiman.

Laman blog ini diusahakan demi untuk berkongsi pengalaman mengembara di dalam dan luar negara. Pengembara muslim menghadapi lebih cabaran melancong atau mengembara bukan sahaja di negara bukan islam malah juga di negara-negara islam. Tetapi semua itu adalah lumrah hidup dan pengalaman yang amat seronok dilalui dan amat berbaloi.

Allah s.w.t. menyuruh kita mengembara dimuka bumi ini dan melihat kesan-kesan akibat orang-orang yang zalim dan mendustakan agama Allah.

Saya mulakan perjalanan saya di utara tanahair Perlis mengikut arah jam dan kembali ke Kedah. Kemudian menuju ke Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Setakat ini saya belum rasa nak pergi ke Brunai dan Singapura lagi. Mungkin tak lama lagi saya akan singgah disana. Selanjutnya saya membawa anda ke luar negara tempat-tempat saya telah tinggal dan mengembara.

Selamat membaca... dan MENGEMBARA.

No comments:

 
Hit CountersRank Noodle