Sedikit latarbelakang sejarah Mesir:
Penduduk Mesir purba sendiri menjejak asal keturunan mereka kepada
tanah yang mereka kenali sebaga punt atau "Ta Nteru" ("Tanah
Dewa-dewa"). Suatu suatu masa dahulu, ia biasanya diagak sebagai
terletak di apa yang sekarang ini dikenali sebagai persisiran Somalia,
Punt sekarang ini dipercayai sebagai terletak samaada di selatan Sudan
atau Eritrea. sejarah Mesir purba sebenar bermula dengan Mesir sebagai
negara bersatu, yang berlaku pada satu ketika sekitar 3000 SM,
walaupun bukti arkaeologi menunjukkan bahawa masyarakat Mesir maju
mungkin telah wujud untuk tempoh yang lebih lama.
Sepanjang sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar
bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan
dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu
yang menggunakan peralatan batu. Bukti turut menunjukkan kehadiran
manusia di barat daya Mesir, berhampiran sempadan Sudan, sebelum 8000
S.M. Pertukaran cuaca dan/atau terlebih ragut sekitar 8000 S.M. mula
mengeringkan padang ragut di Mesir, yang akhirnya mendorong kepada
pembentukan Sahara (2500 S.M.), dan puak-puak awal dengan sendirinya
terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan
ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat (lihat
Sejarah: Nil). Terdapat bukti ternakan dan penanaman bijirin di Timur
Sahara pada milenium ke-7 SM. Sehingga 6000 S.M. penduduk Mesir purba
di sudut baratdaya Mesir telahpun mengembala lembu dan membina
bangunan besar. Mortar dalam pembinaan bangunan telah digunakan
menjelang 4000 S.M. Tempoh Pradinasti Mesir berterusan sepanjang
tempoh masa ini, sebelumnya dipegang pelbagai oleh kebudayaan Naqada.
Sesetengah pakar bagaimanapun memulakan Predinasti Mesir lebih awal,
di Paleolithik Bawah (lihat Pradinasti Mesir).
Mesir bersatu sebagai satu negara sekitar 3000 S.M. Kronologi Mesir
termasuk menetapkan permulaan dan pengakhiran sesuatu dinasti sekitar
tempoh masa ini. Kronologi Mesir biasa adalah yang diterima pakai
semasa abad ke 20, tetapi tidak termasuk cadangan rombakan besar yang
turut diajukan ketika itu. Malah dalam hasil kerja yang sama,
seringkali pakar kaji purba menawarkan beberapa tarikh yang mungkin
atau beberapa khronologi lain sebagai mungkin. Disebabkan itu,
kemungkinannya terdapat beberapa perbedaan antara tarikah ditunjukkan
di sini dan dalam rencana pemerintah tertentu. Seringkali juga
terdapat beberapa variasi ejaan nama.
Firaun merupakan pemerintah kedua kerajaan ini dan mengetuai struktur
negara Mesir silam. Firaun bertindak sebagai raja, pemimpin kerohanian
dan commander-in- chief bagi kedua-dia tentera dan tentera laut. Firaun
dianggap dewa, hubungan antara manusia dan para dewata. Di bawahnya
adalah kerajaan, adalah 2 wazir (satu bagi Mesir Atas dan satu lagi
bagi Mesir Bawah) dan pelbagai pegawai. Di bawahnya di sebelah
keugamaan adalah paderi besar dan pelbagai paderi lain. Secara
umumnya, kedudukan ini diwarisi dari bapa kepada anak lelaki sulung.
Kadang-kala aturan ini terbantut, dan kadang-kala wanita memegang kuasa.
Bahasa
Mesir silam bertutur bahasa Afro-Asiatik berkait dengan bahasa Chadic,
Berber dan Semitik. Rekod bahasa Mesir silam telah ditarikh sekitar
3200 BC. Para sarjana meletakkan bahasa Mesir kepada enam pembahagian
mengikut kronologi:
* Mesir Silam (Archaic Egyptian) (sebelum 2600 BC)
* Mesir Lama (Old Egyptian) (2600–2000 BC)
* Mesir Tengah (Middle Egyptian) (2000–1300 BC)
* Mesir Akhir (Late Egyptian) (1300–700 BC)
* Mesir Demotik (Demotic Egyptian) (abad ke 7 BC–abad ke 4 AD)
* Bahasa Coptik (Coptic language) (abad ke 3–abad ke 12 AD)
Penulisan
Pengkaji Mesir Purba (Egyptologists) merujuk kepada tulisan Mesir
sebagai hieroglif, bersama dengan skrip baji (cuneiform script)
Mesopotamia ranking sebagai sistem penulisan tertua di dunia. Skrip
hieroglif sebahagiannya syllabik, sebahagiannya ideografik. Hieratic
adalah bentuk hieroglif Mesir bersambung (cursive) yang pertama sekali
digunakan semasa Dinasti Pertama (c. 2925 BC - c. 2775 BC). Istilah
Demotik dari sudut Mesir, Ia itu, "asal - indigenous" dari sudut
pandangan Hellenistik, berubah menjadi merujuk kepada kedua-dua skrip
dan bahasa yang selepas tahap Mesir Silam Akhir (Late Ancient
Egyptian) daripada Nubian dinasti ke 25 sehingga ia dipinggirkan oleh
Greek Koine pada awal abad AD. Selepas penaklukan oleh Umar ibn
al-Khattab, bahasa Coptic kekal sehingga Zaman Pertengahan sebagai
bahasa keugamaan (liturgical) oleh minoriti Kristian.
Skrip hieroplyphik akhirnya tidak lagi digunakan sekitar abad ke 4,
dan mulai dijumpai kembali semenjak abad ke 15 (lihat Hieroglyphica) .
Alphabet (abjad) terawal juga dicipta di Mesir Purba, sebagai hasilan
dari hieroplyphik sylabik (syllabic).
Macam-Macam tulisan Mesir kuno :
* c.1999 SM - Papyrus Westcar
* c.1800 SM Cerita Sinuhe
* c. 1800 SM - Papyrus Ipuwer
* c. 1800 SM - Papyrus Harris I
* c. 1000 SM Cerita Wenamun
ITINERARI PELANCONGAN PAKEJ
Hari 03 : KAHERAH - ASWAN (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, lawatan ke Three Pyramids & The Sphinx. Beli-belah di Papyrus Gallery, kedai minyak wangi & cotton shop. Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Khan
Al Khalili Old Bazaar dan Salah El-Dien Citadel. Seterusnya melawat Alabaster Mosque of
Mohd. Ali r.a., Al Gawhara Palace dan Military Museum. Pada waktu malam, perjalanan diteruskan ke Aswan dengan 1st Class Sleeper Train di stesyen keretapi Kaherah papyrus
Hari 04 : ASWAN (SP/MT/MM)
Tiba di Aswan, daftar masuk di hotel. Aktiviti bebas. (Lawatan pilihan : Melawat Abu Sinble yang terkenal dengan sejarah (USD50)
Hari 05 : ASWAN (SP/MT/MM)
Selepas sarapan perjalanan diteruskan dengan pelayaran menaiki River Nile Cruise. Lawatan ke High Dam, Unfinished Obelisk dan Philae Temple selepas makan tengahari. Makan malam dan bermalam di Aswan mosque
Hari 06 : ASWAN - LUXOR (SP/MT/MM)
Pelayaran diteruskan ke Kom Ombo. Makan tengahari di atas kapal cruise. Perjalanan menuju ke Edfu dan terus ke Luxor. Makan malam dan bermalam di Luxor
Hari 07 : LUXOR (SP/MT/MM)
Lawatan ke West Bank. Bermalam di Luxor
Hari 08 : LUXOR - KAHERAH (SP/MT/MM)
Melawat ke tempat-tempat menarik di Luxor dan makan tengahari di restoran tempatan. Perjalanan diteruskan dengan menaiki 1st Class Sleeper Train ke Kaherah. Makan tengahari dan bermalam atas sleeper train
Hari 09 : KAHERAH (SP/MT/MM)
Aktiviti bebas. Lawatan pilihan: Melawat Alexandria yang terkenal dengan King Farouk's Palace, Montazah Gardens, Mursi Abu Abbas Mosque, Makam Nabi Daniel, Makam Lukman Al Hakim, Qaitbery Fort (USD30)
GAMBAR-GAMBAR MENARIK
No comments:
Post a Comment